//Cactus On The Moon!
Follow Dashboard
Kahwin muda.
Tuesday, November 12, 2013 | 0Superstar (s)!

Persepsi masyarakat berbeza mengenai topik ini. Ada yang kata bagus, ada pulak yang bangkang sekeras-kerasnya. Jadi, disebabkan mulut-mulut masyarakat, ada yang sanggup cancel kan kahwin sebab terlalu ikut sangat cakap orang.

So, bila dah sampai ke tahap macam tu, fikir balik. Kita kahwin, atas niat apa. Walau mungkin apa pun niatnya, pasti akan terselit sedikit dalam hati, kerana ALLAH.

Kahwin dapat menghalalkan sebuah perhubungan. Dapat menjaga pandangan. Dapat menundukkan nafsu. Tapi, itu mesti alasan pasangan yang hendak berkahwin, namun bukan pada mulut masyarakat sekeliling.

Kahwin tu susah. Lagi-lagi pada yang masih belajar. Nanti susah nak belajar, nanti dapat suami yang tak faham, lagi susah. Nanti kalau mengandung waktu belajar, susah. Nanti, apa pun tak dapat. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Haaa, yang ini pulak pandangan masyarakat. Macam biasalah. Typical.

So, sekarang, dua-dua nampak betul. Dua-dua ada point masing-masing. Tapi yang mana satu nak ikut?

Antara suruhan manusia dengan suruhan ALLAH, mana lagi penting? Antara pandangan manusia dengan pandangan ALLAH, mana lagi penting?

Kahwin muda bagi yang mampu adalah suruhan ALLAH. Jika terlalu banyak perkara yang menyusahkan serta memudaratkan jika berkahwin awal, jadi kenapa ALLAH letakkan ia sebagai salah satu suruhan?

Fikirlah...



| Newer Post
Dia Biasa


Whoever that enter here, you are very welcomed! Whoever that will leave this page, goodbye. Whoever that like my writing, you are awesome! Whoever that hate mine, thankyou and please DONT come again. Whoever are you, thanks for visiting mine and leave your steps for me to view (:
Aiffa Amir


Diary About Stuff Site


Let's Talk!


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Own this blog : Aiffa Amir

Best View at GOOGLE CHROME!